Tahap Kefahaman Pelajar Diploma Tahfiz al-Quran al-Qiraat ITQAS Terhadap Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Berinteraksi Dengan Matan Hirz al-Amani

Understanding the Teaching and Learning Methods Among ITQAS Diploma Tahfiz al-Quran al-Qiraat Students in Their Engagement with the Text of Hirz al-Amani

Authors

  • Mohd Ikram Mohd Nawi Universiti Islam Selangor
  • Mohd Fairuz A. Adi Universiti Islam Selangor
  • Mohamad Redha Mohamad Universiti Teknologi MARA, Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban
  • Mujahid Ahmad Lutfi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53840/qiraat.v8i1.92

Keywords:

al-Syatibiyyah, Hirz al-Amani, qirā’āt, ITQAS

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam berinteraksi dengan matan Hirz al-Amani atau lebih dikenali dengan nama matan al-Syatibiyyah. Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan pengumpulan data melalui soal selidik. Kajian ini telah dijalankan di Institut Tahfiz al-Quran Sabah atau lebih dikenali sebagai ITQAS yang mana institut ini merupakan salah satu institut di bawah cawangan Darul Quran (DQ). Responden kajian ini adalah pelajar tahun akhir yang mengikuti pengajian Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qira’at ITQAS. Kajian ini juga menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan data-data kajian. Data-data kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Secara keseluruhan, hasil analisis kajian menunjukkan penilaian tahap kefahaman dalam berinteraksi dengan matan Hirz al-Amani berada pada tahap sederhana tinggi, manakala penilaian kefahaman pelajar terhadap pendekatan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis penilaian sikap dan reaksi pelajar terhadap pembelajaran ilmu qirā’āt juga berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan analisis kajian ini berguna dalam usaha mengukuhkan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran pengajian qirā’āt serta meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar pengajian qirā’āt.

References

Al-Ṣabūnī, M. A. (1985). Al-Tibyan fi Ulum al-Quran. Makkah: Maktabah al-Ṣabūnī fi Ulum al-Quran.

Al-Zarkasyi. (2006). Al Burhan fi Ulum al-Quran (p. 222). Cairo: Darul Hadits.

Badr al-Din Muhammad bin ‘Abdullah al-Zarkasyi. (1972). Manahil al-‘Irfan fi ‘Ulum al-Quran. Cairo: Maktabah ‘Isa al-Bab al-Halabi.

Ab Halim Tamuri, & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2011). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: UKM.

Zainora Daud. (2018). Pengajian Qirā’āt di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM: Analisis terhadap tahap kefahaman Qirā’āt. Journal of Fatwa Management and Research, Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, Vol. 13, No. 1, 174.

Abd Rahman Abd Ghani, Z., Zainora, D., et al. (2012). Kurikulum pengajian dan permasalahan Qirā’āt di KUIS: Kajian di Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. Jurnal Pengajian Islam, KUIS.

Sabri Mohamad, et al. (2010). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Qirā’at pengantar Qirā’āt dan hafazan di UKM. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pendidikan Qirā’āt. 24-25 Disember 2010 Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, KUIS, Selangor.

Sedek Ariffin. (2008). Kaedah bacaan Qira’at Hamzah: Kajian di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor (Tesis Ijazah Sarjana). Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Downloads

Published

2025-06-30

How to Cite

Mohd Nawi, M. I., A. Adi, M. F., Mohamad, M. R., & Ahmad Lutfi, M. (2025). Tahap Kefahaman Pelajar Diploma Tahfiz al-Quran al-Qiraat ITQAS Terhadap Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Berinteraksi Dengan Matan Hirz al-Amani: Understanding the Teaching and Learning Methods Among ITQAS Diploma Tahfiz al-Quran al-Qiraat Students in Their Engagement with the Text of Hirz al-Amani. QIRAAT: Jurnal Al-Quran Dan Isu-Isu Kontemporari, 8(1), 19–29. https://doi.org/10.53840/qiraat.v8i1.92

Most read articles by the same author(s)