QIRAAT: Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari https://qiraat.uis.edu.my/index.php/qiraat
The Al-Quran and Contemporary Issues Journal is an international scientific journal which is verified and published by the Department of Tahfiz al-Quran and al-Qiraat, Faculty of Islamic Studies and Civilisation, Universiti Islam Selangor (UIS), Malaysia.

This journal is dedicated to research on every aspect related to Journal al-Quran and al-Qiraat. Special attention is given to paperwork pertaining to history, political science, economics, anthropology, sociology, law, literature, religion, philosophy, international relations, the environment and development, as well as ethical issues related to scientific research.

This journal is committed to publish original research on the al-Quran as a guide to life. It welcomes interdisciplinary efforts that merge history, religion, politics, culture and law. The journal focuses on Islam and contemporary Islamic issues. Contributions that highlight theoretical strengths, especially those which combine the specificity of Islamic discourse with knowledge efforts and criticism in the Quranic fields can emerge in Qiraat: The Al-Quran and Contemporary Issues Journal as an application.

All submitted articles could be in the Arabic, English or Malay languages.

مجلة القراءات: مجلة القرآن والقضايا المعاصرة هي مجلة علمية دولية تمت مراجعتها ونشرها من قبل قسم تحفيظ القرآن والقراءات ، كلية دراسات الحضارة الإسلامية, الجامعية الإسلامية بسلانجور (UIS) ، ماليزيا. هذه المجلة مخصّصة للدراسة العلمية في جميع الجوانب المتعلقة بالقرآن والقراءات.

يتم إيلاء اهتمام خاص للأوراق المتعلقة بالتاريخ والعلوم السياسية والاقتصاد والأنثروبولوجيا وعلم الاجتماع والقانون والأدب والدين والفلسفة والعلاقات الدولية والبيئة والتنمية، فضلاً عن الأسئلة الأخلاقية المتعلقة بالبحث العلمي. تلتزم هذه المجلة بنشر بحث أصلي عن القرآن كدليل للحياة.

ترحب بالعمل متعدد التخصصات الذي يوحّد التاريخ والدين والسياسة والثقافة والقانون. تركز هذه المجلة بشكل خاص على الإسلام والقضايا الإسلامية المعاصرة. مساهمات تدل على صلابة النظرية؛ خاصة الأوراق التي تربط خصوصية الخطاب الإسلامي في مشروع المعرفة والنقد في مجال القرآن.

يجب تقديم جميع المقالات إما باللغة العربية أو الإنجليزية أو الملايوية.

e-ISSN : 2636-9591
Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) en-US QIRAAT: Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari 2600-7657 Keberkesanan Pertandingan Hafazan dan Ujian Syahadah: Analisis Perbandingan terhadap Pemantapan Hafazan Al-Quran https://qiraat.uis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/102
Pertandingan hafazan dan ujian syahadah berperanan sebagai mekanisme pengukuhan dan penilaian kualiti hafazan al-Quran dalam kalangan huffāz. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir huffāz yang kurang memberi penekanan terhadap mutu hafazan dan konsistensi murajaah terutamanya selepas menamatkan pengajian di tahfiz. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka keberkesanan pertandingan hafazan dan ujian syahadah dalam pemantapan hafazan al-Quran serta perbandingan antara kedua-duanya. Kaedah kualitatif berbentuk kajian kes telah digunakan dengan pengumpulan data melalui temu bual separa berstruktur melibatkan empat orang huffāz yang aktif menyertai pertandingan hafazan dan pernah menjalani ujian syahadah al-Quran. Hasil kajian mendapati bahawa ujian syahadah merupakan wadah yang paling berkesan dalam pemantapan hafazan al-Quran, manakala pertandingan hafazan adalah platform yang terbaik dalam menguji ketajaman hafazan dan menilai mutu bacaan seperti tajwid, fasohah, irama bacaan dan lain-lain. Kajian ini mencadangkan agar kedua-dua pendekatan ini dimanfaatkan secara komplementari, dengan syahadah sebagai pendorong pemantapan hafazan dan pertandingan hafazan sebagai penilai pengukuhan hafazan bagi melahirkan huffāz yang benar-benar berkualiti. Institusi-institusi tahfiz juga disarankan untuk menggalakkan pelajar menjadikan pertandingan hafazan dan ujian syahadah sebagai insiatif penting dalam usaha mempertingkatkan mutu dan kualiti hafazan al-Quran.
Afifa Syakirah Mohd Radzi Latifah Abdul Majid Copyright (c) 2025 Afifa Syakirah Mohd Radzi, Latifah Abdul Majid https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2025-12-30 2025-12-30 8 2 15 25 10.53840/qiraat.v8i2.102 Peranan Tekonologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran & al-Qiraat https://qiraat.uis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/105
Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah membuka ruang baharu dalam dunia pendidikan, termasuk dalam bidang pendidikan tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. Walau bagaimanapun, proses pengintegrasian teknologi ini menimbulkan pelbagai persoalan khususnya apabila melibatkan pendekatan tradisional yang telah lama menjadi asas dalam sistem Pendidikan tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. Kajian ini bertujuan peranan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran & al-Qiraat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian analisis dokumen. Data kajian diperoleh melalui buku-buku ilmiah, laporan penyelidikan rasmi dan artikel jurnal akademik yang berindeks Scopus, WoS serta MyCite. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sumbangan positif terhadap penggunaan AI dalam pendidikan tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, khususnya dalam aspek penyediaan bahan mengajar, pemantauan tugasan pelajar dan pembelajaran kendiri. Namun begitu, perlu diberi perhatian terhadap kebimbangan terhadap pengabaian elemen sanad, talaqqi, dan bimbingan rohani jika pengguaan AI tidak diselaraskan dengan nilai-nilai tradisi. Analisis mendapati bahawa integrasi yang seimbang antara teknologi dan pendekatan konvensional dapat meningkatkan kualiti pembelajaran tanpa menjejaskan keaslian pembelajaran tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. Kajian ini membuktikan bahawa integrasi AI adalah alat yang bersifat sokongan sahaja, bukan sebagai pengganti kepada peranan guru seterusnya membuka ruang untuk pembangunan Pendidikan tahfiz yang lebih berstruktur dan tersusun.
Sharifah Noorhidayah Syed Aziz Nur Wadihah Mohd Asri Lissailin Baharudin Copyright (c) 2025 Sharifah Noorhidayah Syed Aziz, Nur Wadihah Mohd Asri, Lissailin Baharudin https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2025-12-29 2025-12-29 8 2 26 37 10.53840/qiraat.v8i2.105 Pengajian Tajwid Di Akademi Pengajian Quran Dan Sunnah UnIPSAS: Analisis Pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran Dengan Pengurusan Islam (Kepujian) Terhadap Tahap Kefahaman Makhraj Dan Sifat Huruf https://qiraat.uis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/106
Kajian ini dijalankan bagi meneliti tahap kefahaman makhraj huruf dan sifat huruf dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahfiz al-Quran dengan Pengurusan Islam (Kepujian) di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS). Seramai 17 orang pelajar yang mewakili keseluruhan populasi kohort terlibat sebagai responden kajian dengan menggunakan pendekatan persampelan keseluruhan. Kajian menggunakan reka bentuk tinjauan kuantitatif dengan instrument soal selidik 30 item yang telah disahkan kesahihan oleh dua orang pakar bidang tajwid dan mempunyai kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.90. Data dianalisis menggunakan perisian Jamovi melalui analisis deskriptif frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan keseluruhan berada pada kategori baik dengan purata 64.7% jawapan betul. Analisis mendapati terdapat variasi pencapaian yang ketara antara item dengan 35.5% item dikuasai pada tahap sangat baik, 32.3% baik, 29.0% sederhana, dan 3.2% lemah. Kajian ini menegaskan perlunya pendekatan pengajaran yang lebih interaktif seperti latihan intensif sebutan dan bimbingan individu bagi memperkukuh kefahaman pelajar. Implikasi kajian ini dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran tajwid khususnya dalam bidang tahfiz al-Quran di institusi pengajian tinggi Islam di Malaysia.
Nor Athilia Irfan Rosli Nik Ahmad Mumtaz Nik Din Ahmad Haiqal Fitri Ahmad Fuad Mohammad Haafiz Aminuddin Mohd Azmi Copyright (c) 2025 Nor Athilia Irfan Rosli, Nik Ahmad Mumtaz Nik Din, Ahmad Haiqal Fitri Ahmad Fuad, Mohammad Haafiz Aminuddin Mohd Azmi https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2025-12-30 2025-12-30 8 2 38 47 10.53840/qiraat.v8i2.106