Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran dan Penguasaan Hafazan Al-Quran Pelajar Sekolah Menengah Tahfiz

Authors

  • Mohamad Marzuqi Abdul Rahim Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI)
  • Wan Muhammad Hafizuddin Wan Abd Halim Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI)
  • Abd Hadi Borham Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI)
  • Ashraf Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia, (UKM)
  • Tengku Nur Tasnim Tengku Riduan Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI)

Keywords:

Perancangan, pengajaran dan pembelajaran (PdP), Tahfiz, Penguasaan Hafazan, Sekolah tahfiz

Abstract

Perancangan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aspek yang sangat mustahak dalam pendidikan. Semua bidang pengajaran dan pembelajaran termasuk Tahfiz al-Quran dapat dijayakan melalui perancangan yang sesuai dan tepat. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan memberi impak kepada penguasaan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pelaksanaan perancangan pengajaran dan pembelajaran tahfiz serta tahap penguasaan peserta kajian terhadap hafazan al-Quran. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Seramai 335 orang responden dipilih secara rawak mudah daripada beberapa institusi tahfiz swasta dan kerajaan. Data kajian telah dikumpul menggunakan soal selidik.  dan seterusnya dianalisis secara deskriptif menggunakan nilai kekerapan, peratus, min, sisihan piawai. Manakala analisis inferensi pula menggunakan Ujian Pekali Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati perancangan pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya, berada pada tahap sederhana tinggi (min 3.98, sp=0.43), Begitu juga dapatan kajian turut menunjukkan penguasaan hafazan pelajar berada di tahap interpretasi sederhana tinggi (min 3.83, sp=0.39). Sementara itu dapatan korelasi pearson secara keseluruhan menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sangat tinggi di antara pengurusan pengajaran dan pembelajaran guru tahfiz di dalam kelas hafazan dengan penguasaan hafazan pelajar dengan nilai (r=0.733, p<0.01). Implikasi kajian menunjukkan perancangan pengajaran dan pembelajaran tahfiz sangat penting dalam menentukan tahap penguasaan hafazan pelajar. Oleh yang demikian, perancangan pengajaran dan pembelajaran tahfiz harus disusun dengan lebih sistematik terhadap aspek matlamat, masa, aktiviti PdP, bahan PdP dan perekodan agar ia memberikan impak yang maksimum kepada penguasaan hafazan pelajar.

Kata Kunci:       Perancangan, pengajaran dan pembelajaran (PdP), Tahfiz, Penguasaan Hafazan, Sekolah tahfiz

 

 

References

Al-Quran dan terjemahan pimpinan al-Rahman, http://www.alquranmelayu.com/penghargaan- acknowledgement / (Syeikh Abdullah Basmieh).

Abdul Hafiz Abdullah dan Hasimah Muda. (2003). Kaedah hafazan al-Quran yang sistematik dan praktikal dalam melahirkan para huffaz yang rasikh. Pusat Pengajian Islam dan Sosial. Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Hafiz Abdullah. Hussin Salamon, Azmi Shah Suratman, Sulaiman Shakib Mohd Noor, dan Kamarul Azami. Jasmi (2005). Sistem pembelajaran dan kaedah hafazan al-quran yang efektif: satu kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia. Laporan Penyelidikan UTM Skudai: Johor (2005).

Abu Najihat (2002). Panduan Bagi Hafiz-Hafizah dan Qari-Qariah. Penerbitan Darul Iman Sdn. Bhd. Selangor.

Ahmad Muaz Ahmad Othman & Norazmi Anas. (2020). Evolusi Tadbir Urus Tahfiz Swasta di Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 21(2):127-133.

Ashraf Ismail. (2018). Amalan pengajaran pensyarah tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran kelolaan JAKIM. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azmil Hashim & Kamarul Azmi Jasmi. (2015). Kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz al- Quran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Yan Piaw. (2006). Asas statistik penyelidikan. Kuala Lumpur. McGraw Hill.

Farah Ilyani Zakaria, Mohd Aderi Che Noh dan Khadijah Abd Razak. (2018). Amalan Pembelajaran PelajarTahfiz di Institusi Tahfiz Swasta. Malaysian Journal of Education 43(3).

Khairul Anuar Mohamad. (2016). Sistem kawalan kualiti huffaz. in book: Memperkasa generasi penghafaz al-Quran, Edition: 1, Publisher: Darul Quran JAKIM.

Mahmud Lutfi Abd. Hadi & Ahmad Shahir Masdan. (2015) Penekanan terhadap ayat-ayat mutasyabihat al-alfaz ke arah pemantapan mutu hafazan al-Quran. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015.

Mardhiah Yahaya. (2016) Pelaksanaan Modul Pengajaran Tahfiz (Modul Quranik) di MRSM Ulul Albab. Dlm. Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff & Nordin Ahmad (pnyt.). Memperkasa Generasi Penghafaz al-Quran, hlm: 76-86.

Mariam Adawiah Dzulkifli & Abdul Kabir Hussain Solihu. (2018) Methods of Qur’ānic Memorisation (Ḥifẓ): Implications for Learning Performance. Intellectual Discourse 26 (2): 931-947.

Misnan, Jemali. & Ahmad Sadadi (2003). Hubungan antara teknik menghafaz al-Quran dengan pencapaian Kursus Tahfiz wa al-Qiraat pelajar semester empat dan lima di Maahad Tahfiz wal Qiraat di Perak. Seminar Teknik pengajaran Tahfiz al-Quran Peringkat Kebangsaan. Kolej Universiti Islam Malaysia.

Mohamad Marzuqi Abd Rahim & Azmil Hashim (2016) Tinjauan terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan ayat hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz. Jurnal Teknikal dan Sains Sosial. 5 (1): 93-102

Mohamad Marzuqi Abd Rahim et.al (2018). Ability in comprehending meaning of the Quranic verses among tahfiz students. International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences, 8(11), 1646-1656.

Mohamad Marzuqi Abdul Rahim, Ahmad Yussuf, Abd Hadi Borham, dan Muhammad Akramin Kamarul Zaman. (2016) Amalan Pengajaran Pensyarah Tahfiz al-Quran di Malaysia." Journal of Islamic Educational Research 1, No. 1: 11-20.

Mohd Jamalil Ismail, Sabri Mohamad, Tengku Intan Zarina Tengku Puji, dan Nor Hafizi Yusof (2017). Strategi Kecemerlangan Institusi Pendidikan Tahfiz Al-Quran Di Malaysia: Satu Tinjauan Literatur. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 15 (1): 55-64

Muhaidi Mustaffa & Siti Salwa Md Sawari. (2018). Managing standardize memorization strategy in tahfiz centres: A guideline for quality performance in Qur`anic memorization. International Journal of Research, 5(16), 1409-1417.

Muhammad Firdaus Zakaria. (2018) Kajian keberkesanan sistem pengurusan kualiti berteraskan Syariah MS1900 di Darul Quran JAKIM, Disertasi Sarjana. Universiti Malaya

Noraini Idris. (2013) Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw-Hill Education.

Norashikin Abu Bakar, Ramli Basri, dan Foo Say Fooi. (2015). Hubungan kepimpinan guru dengan pencapaian akademik pelajar. International Journal of Education and Training, 1(2), 1-11.

Raedah Amin (2013) Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Rendah Kebangsaan Di Zon Bandar Daerah Kota Tinggi. Laporan Projek Sarjana. UTM Skudai.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Noreen Noordin. (2009). Emotional Intelligence, Achievement Motivation and Academic Achievement Among Students of the Public and Private Higher Institutions. International Journal of Diversity in Organisations, Communities & Nations, 9(4).

Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Mohammad Zohir (2017). Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1):1-11.

Siti Nurjanah Mustafa, Siti Aisyah Johan dan Jimaain Safar (2021). Tahap Pelaksanaan Aktiviti Hafazan dalam Kalangan Guru Tahfiz Sekolah Menengah [The Implementation Level of Memorisation Activities Among Secondary School Teachers]. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080), 4(1), 9-21.

Zulkifli, Mohd Yussof, et.al (2018). Trend masyarakat terhadap pendidikan tahfiz.ke arah pengiktirafan huffaz di Malaysia, 38-80. Terbitan Centre of Quranic Research dengan kerjasama Darul Quran Jakim.

Zulkifly Md Alwayi, Rahimah Embong & Huda Afiqah Hashim. (2020). Perancangan pengajaran guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan: satu kajian rintis. Asian Journal of Civilizational Studies (AJOCS),3(1),11-18

Published

2021-06-30

How to Cite

Abdul Rahim, M. M. ., Wan Abd Halim, W. M. H. ., Borham, A. H. ., Ismail, A. ., & Tengku Riduan, T. N. T. . (2021). Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran dan Penguasaan Hafazan Al-Quran Pelajar Sekolah Menengah Tahfiz. QIRAAT: Jurnal Al-Quran Dan Isu-Isu Kontemporari, 4(1), 1–14. Retrieved from https://qiraat.uis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/14