METODOLOGI TAWJĪH QIRAAT OLEH AL-BAGHAWĪ (W.561H) PADA PENTAFSIRAN SURAH AL-FATIHAH

Authors

  • Muhammad Ammar Farhan Ramlan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Abur Hamdi Usman Universiti Islam Selangor
  • Mohd Faizulamri Mohd Saad Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53840/qiraat.v7i1.78

Keywords:

Metodologi, tawjīh, qiraat, al-Baghawī, Ma’ālim al-Tanzīl, tafsir, al-Fatihah

Abstract

Mengetahui ilmu qiraat pada sudut riwayat dan tawjīh qiraat merupakan syarat penting bagi seorang mufasir ketika mentafsirkan ayat al-Quran. Ilmu qiraat juga merupakan salah satu faktor perbezaan pentafsiran dalam kalangan ulama mufasirin. Ini menunjukkan ilmu qiraat sangat berperanan dalam pentafsiran al-Quran sama ada ia meluaskan makna, memperincikan makna, menjernihkan kesamaran, menjelaskan hukum yang tidak jelas atau sebagainya. Keprihatinan perbezaan qiraat dan tawjīh qiraat pada pentafsiran al-Quran dalam kalangan ulama tafsir klasik adalah sangat tinggi. Sebaliknya, ulama tafsir kontemporari kurang mengambil berat dan prihatin terhadap perbezaan qiraat ketika mentafsirkan ayat al-Quran. Sedangkan qiraat merupakan salah satu sumber tafsir bi al-Ma’thūr. Oleh itu, objektif penulisan ini ialah menonjolkan ketokohan al-Baghawī sebagai salah seorang tokoh mufasir klasik yang menguasai bidang qiraat dan tawjīh qiraat seperti dinukilkan dalam kitab Ma’ālim al-Tanzīl. Surah al-Fatihah dijadikan sebagai fokus kajian bagi memahami metode qiraat dan tawjīh qiraat yang dinukilkan oleh al-Baghawī. Kajian ini dilaksanakan dengan reka bentuk analisis kandungan. Kitab tafsir Ma’ālim al-Tanzīl merupakan data sumber utama kajian serta disokong dengan data-data dari sumber lain seperti buku-buku yang berhubung dengan perbahasan demi mencapai objektif yang telah digariskan. Hasil kajian mendapati bahawa al-Baghawī merupakan seorang tokoh tafsir klasik yang sangat prihatin terhadap perbezaan qiraat ketika mentafsirkan ayat al-Quran. Kitab tafsir beliau layak dijadikan sebagai rujukan utama pada perbahasan qiraat dan tawjīh qiraat. Didapati juga, al-Baghawī menonjolkan keistimewaan penghujahan tawjīh qiraat dengan menggunakan metode al-Jam‘ bayna al-Atharī wa al-Qiyāsī iaitu gabungan antara menjelaskan makna qiraat serta penghujahannya dengan riwayat sanad dan rasm mashaf serta kaedah bahasa Arab dan qiyās

Downloads

Download data is not yet available.

References

'Abbas, F. H. (1997). Itqan al-Burhan Fi 'Ulum al-Quran. Amman, Jordan: Dar al-Furqan.

'Abd al-Karīm, Hādī Ḥusayn. (2012). Muhadarat Fi Tawjih al-Qiraat. Tanta, Mesir: Kuliah al-Quran, Universiti al-Azhar.

al-Aṣfahānī, R. (1990). al-Mufradāt fī gharīb al-Quran. Damsyik: Dar Qalam.

Al-Baghawi. (2021). Ma'ālim al-Tanzīl. Kaherah: Dar al-Salam.

al-Dhahabi. (1976). Al-Tafsir Wa al-Mufasirun. Kaherah, Mesir: Maktabah Wahbah.

al-Fairūzābādī, M. a.-D. (2005). al-Qamūs al-Muḥīt. Beirut: Mu'assasah al-Risalah.

al-Ghafūr, '. '. (1980). Al-Baghawī Wa Manhajahu Fī Tafsīr. Riyadh, Arab Saudi: Universiti Malik 'Abd al-Aziz.

al-Ḥarbī, A. a.-'. (1996). Tawjīh Musykil al-Qira'āt al-'Asyriyyah al-Farsyiyyah Lughatan Wa Tafsiran Wa 'Iraban. Makkah: Universiti Umm al-Qura.

al-Jazari, I. (2006). Ghayah an-Nihayah fi Tabaqal Al-Qurra. Darul Kitab Al-'Ilmiyah.

al-Jazari, I. (2010). Munjid al-Muqriin Wa Mursyid al-Talibin. Kaherah, Mesir: Dar al-Afaq al-'Arabiyyah.

al-Khalidi, S. (2008). Ta'rif al-Darisin bi Manahij al-Mufasirin. Jeddah, Arab Saudi: Dar al-Qalam.

al-Mahdi, A. a.-R. (2000). Tahqiq Tafsir al-Baghawi. Beirut, Lebanon: Dar Ihya al-Turath al-'Arabi.

al-Mas'ūl, A. a.-'. (2007). Mu'jam Musṭalaḥat 'Ilm al-Qira'āt al-Qur'āniyyah. Mesir: Dar al-Salam.

Amānī. (2007). al-Ūṣūl al-Nīrāt Fī al-Qira'āt. Riyadh: Madār al-Waṭan Li al-Nasyr.

Ḥusayn, Ṭ. M. (2001). Manhaj al-Imam al-Baghawi Fi 'Ard al-Qira'at Wa Athar Dhalik Fi Tafsirih. Arab Saudi: Universiti Umm al-Qurra'.

Ibn al-Jazari, M. (2002). Al-Nasyr Fī al-Qirā'āt al-'Asyr. Tanta, Mesir: Dar al-Sahabah.

Manẓūr, I. (1992). Lisān al-'Arab. Beirut: Dar Ṣadir.

Muḥaysin, M. S. (2003). Al-Muhadhdhab Fī al-Qirā'āt al-'Asyr. Kaherah, Mesir: Maahad al-Azhar.

Nukri, a.-A. (2000). Jāmi' al-'Ulūm Fi Iṣṭilāḥāt al-Funūn. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.

Sharif, M. (1986). Al-Baghawi al-Fara' Wa Tafsiruhu Li al-Quran al-Karim. Kaherah: Universiti Kaherah.

Sisi. (1991). Ittijahat al-Mufasirin Fi Tawjih al-Qira'at. Riyadh, Arab Saudi: Imam Mohammad Ibn Saud Islamic University.

Syahbah, I. (1986). Ṭabaqāt al-Syafi'iyyah. Beirut: Alim al-Kutub.

Downloads

Published

2024-06-29

How to Cite

METODOLOGI TAWJĪH QIRAAT OLEH AL-BAGHAWĪ (W.561H) PADA PENTAFSIRAN SURAH AL-FATIHAH. (2024). QIRAAT Jurnal Al-Quran Dan Isi-Isu Kontemporari, 7(1), 1-9. https://doi.org/10.53840/qiraat.v7i1.78