PENERAPAN ILMU QIRAAT DALAM KULIAH TAFSIR DI NEGERI KELANTAN: SUATU SOROTAN LITERATUR
Application of Qiraat Knowledge in Tafsir Lectures in Kelantan State: A Literature Review
DOI:
https://doi.org/10.53840/qiraat.v6i2.67Keywords:
Ilmu qiraat, Penerapan, Kuliah, Tafsir, Kelantan.Abstract
Ilmu qiraat adalah satu ilmu yang bukan hanya berperanan pada aspek bacaan al-Quran tetapi ia juga memainkan peranan penting dalam pentafsiran ayat al-Quran sehingga ulama tafsir meletakkan ia sebagai salah satu syarat dalam pentafsiran al-Quran. Ini menjadi satu perkara yang amat signifikan untuk dikatakan bahawa para penyampai kuliah tafsir di masjid-masjid atau tempat awam juga perlu menerapkan ilmu qiraat dalam syarahan mereka. Namun, kajian lepas telah mencatatkan bahawa ramai dalam kalangan ilmuwan Islam di Malaysia masih menganggap bahawa ilmu qiraat tiada kaitannya dengan kefahaman al-Quran. Hal ini menjadi satu petanda bahawa penerapan ilmu tersebut tidak diambil berat oleh para pengkuliah tafsir di Malaysia. Kajian ini bertujuan mewujudkan landasan teori bagi kajian penerapan ilmu qiraat dalam kuliah tafsir di negeri Kelantan. Ia dijayakan dengan mengumpulkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan penerapan ilmu qiraat dalam pentafsiran al-Quran di negeri tersebut. Kajian-kajian lepas tersebut dianalisis bagi melihat sejauh mana aspek penerapan ilmu qiraat telah diambil perhatian oleh para pengkaji. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan penganalisaan data berasaskan konsep analisis literatur. Data dan informasi diperoleh daripada sumber-sumber seperti artikel jurnal, buku, dan makalah persidangan yang relevan dengan topik penerapan ilmu qiraat dalam kuliah tafsir di negeri Kelantan. Daripada analisis literatur yang dilakukan, didapati masih belum ada kajian yang ditumpukan kepada aspek penerapan ilmu qiraat dalam kuliah tafsir di negeri Kelantan. Aspek-aspek yang disentuh oleh kajian lepas hanya melibatkan ilmu qiraat secara sebelah pihak sahaja tanpa menghubungkannya dengan tafsir al-Quran. Kajian ini menyimpulkan bahawa aspek hubungan Ilmu qiraat dengan tafsir perlu diberikan perhatian oleh para pengkaji dan penulis kerana kepentingannya diperakui oleh ulama tafsir sendiri. Di samping itu, kajian ini menegaskan keperluan diadakan satu kajian yang menentukan tahap pengetahuan hubungan dua ilmu tersebut dalam kalangan para pengkuliah tafsir justeru menilai sejauh mana pengaplikasiannya.
Kata Kunci: Ilmu qiraat, Penerapan, Kuliah, Tafsir, Kelantan.
References
Abd al-Karim al-Namlah.(1999). al-Muhadhdhab fi ‘Ilm Usul al-Fiqh al-Muqarin, Riyadh: Maktabah al-Rushd.
Abdullah, A. al-Qari, Mohamad, S. & M. Yusoff, Z. (2012). Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Qira’at di Kelantan: Satu Tinjauan Terhadap Peranan Dato’ Haji Muhammad Nor Bin Ibrahim. Proceedings: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012, 71-84.
‘Abdullah al-Qurashi.(2009). Al-Qiraat al-Shadhdhah wa Atharuha fi al-Tafsir. Majallah Ma’had al-Imam al-Shatibi li al-Dirasat al-Qur’aniyyah, 7, 13-65.
Abdullah Ali al-Mulahi.(2002). Tafsir al-Quran bi al-Qiraat al-Quraniyyah al-‘Ashr. Disertasi Sarjana. Universiti Islam Gaza.
‘Abd al-Wahhab ‘Ali al-Subki. (2003). Jam’ al-Jawami’ fi Usul al-Fiqh, Beirut-Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Ahmad al-Kurani.(2008). al-Durar al-Lawami’ fi Sharh Jam’ al-Jawami’, Madinah: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah.
Ahmad, M.H.A. (2022). Keunikkan Sanad Dato’ Haji Mohd Nor bin Haji Ibrahim. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 9(1), 54-75.
Ahmad Najib Abdullah & Nor Hazrul Mohd Salleh. (2021). Keunikan Tafsir Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. AL-BASIRAH, 11(1), 33-46.
Al-Amidi.(2003). al-Ihkam fi ‘Usul al-Ahkam, Riyad: Dar al-Sumay’i.
Al-Sayyid Rizq al-Tawil.(1985). Fi ‘Ulum al-Qiraat Madkhal wa Dirasah wa Tahqiq, Makkah: al-Maktabah al-Faisaliyyah.
Al-Zarkashi. (1984). Al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran, Kaherah: Dar al-Turath.
Al-Zurqani (1995). Manahil al-'Irfan fi 'Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Kitab al-'Arabiy.
Asep Mustofa Kamal & Ro’yu Nahriya. (2022). Implikasi Keragaman Qiraat Al-Quran Terhadap Tafsir dan Istinbat Hukum. Al-Bayan: Jurnal Studi Ilmu Al- Qur'an dan Tafsir, 6(2), 27-44.
Fraenkel JR & E. Wallen. (2007) How to Design and Evaluate Research in Education. Singapure. Mc Graw Hill.
Ibn al-Jazari. (1980) Munjid al-Muqriin wa Murshid al-Talibin, Beirut-Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Ibn al-Jazari.(2006). al-Nashr fi al-Qiraat al-'Ashr, Beirut-Lubnan: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
Ibn Qudamah.(1998). Rawdah al-Nadhir wa Jannah al-Manadhir, Beirut: Muassasah al-Rayyan.
Ibn Taimiyyah. (1972). Muqaddimah fi Usul al-Tafsir, Damshik: Dar al-Quran al-Karim.
Izuli Dzulkifli dan Adibah Bahori .(2016). Peranan Qira’at dalam Pentafsiran Al-Quran. Jurnal Hadhari, 8(1), 103-111.
Khalid Hasan Abu al-Jud.(2006). Al-Raud al-Nadir fi Tahrir Awjuh al-Kitab al-Munir, Kaherah: Dar al-Sahabah.
Makki Abi Talib al-Qaisi.(1960). al-Ibanah ‘an Ma’ani al-Qiraat, Kaherah: Dar Nahdah Misr.
Mohd A’Tarahim bin Mohd Razali.(2016). Qiraat Mutawatir dan Kesannya kepada Hukum Fiqh:Kajian Pengetahuan dan Pendedahan dalam Kalangan Ilmuwan Islam di Terengganu. Tesis Doktor Falsafah. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Mohd Nazri Ahmad, Muhd Najib Abdul Kadir & Haziyah Hussin .(2016). Pengaplikasian Kaedah Tafsir al-Qur’an dengan Qiraat oleh Muhammad Said bin Umar di dalam Tafsir Nurul Ihsan, Jurnal al-Turath, 1(1), 65-73.
Mohd Ridwan Razali, Mustaffa Abdullah, Mohd Muhiden Abd Rahman, Mohamad Azrien Mohamed Adnan. (2020). Aliran Islah Dalam Tafsir al-Qur’ān: Analisis Terhadap Elemen Pemikiran Islah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH). AL-BASIRAH, 10(2), 17-36.
Muhammad Irham. (2020). Implikasi Perbedaan Qiraat Terhadap Penafsiran al-Quran. Al-Bayan: Jurnal Studi Ilmu Al- Qur'an dan Tafsir, 5(1), 54-61.
Muhammad Tamim al-Zu’bi.(2015). Tayyibah al-Nashr fi al-Qiraat al-‘Ashr, Madinah Munawwarah: Muassasah Alif Lam Mim li al-Taqniyah.
Muhammad ‘Umar Salim Bazmul.(1993). Al-Qiraat wa Atharuha fi al-Tafsir wa al-Ahkam. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Umm al-Qura Saudi Arabia.
Muhammad Ahmad Muflih al-Qudat, Ahmad Khalid Shukri & Muhammad Khalid Mansur. (2001). Muqaddimat fi ‘Ilm al-Qiraat, Amman-Jordan: Dar ‘Ammar.
Mustafa Abdullah & Mohd Asmadi Yaakob. (2003). Pengajian Tafsir di Kelantan: Satu Tinjauan Sejarah. Jurnal Usuluddin, 17, 107-122.
Mustafa Sa’id al-Khin. (2000). Al-Kafi al-Wafi fi Usul al-Fiqh al-Islamiy, Beirut-Lubnan: Muassasah al-Risalah.
Nuruddin ‘Itr.(1993). ‘Ulum al-Quran al-Karim, Damshik: Matba’ah al-Sabah.
Sabri Mohamad. (2016). Pengaruh Ilmu Qira’at dalam Pengajian Islam. Jurnal al-Turath, 1(1), 1-12.
Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, Mohd Manawi Mohd Akib & Abdul Azis Awang Kechik. (2019). Pengajian Tafsir Al-Quran di Pondok Moden Bachok: Satu Tinjauan Awal. 5 th International Seminar on Islamiyyat Studies (IRSYAD 2019), 262-269.
Yusoff, M., Ab Ghani, A., Mohd Noor, N., Amran, N. (2021). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Pengajian Ilmu qiraat: Satu Kajian Di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias). International Journal Of Education, Psychology And Counselling (Ijepc), 6(38), 13-23.
Yusoff, M., Ab Ghani, A., Amran, N., Abdullah, A. (2021). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Pengajian Ilmu qiraat: Satu Kajian Di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat MAIK. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 449-458.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 WAN ISMAIL ABD HALIM

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.