Pengajian Tajwid Di Akademi Pengajian Quran Dan Sunnah UnIPSAS: Analisis Pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran Dengan Pengurusan Islam (Kepujian) Terhadap Tahap Kefahaman Makhraj Dan Sifat Huruf
Tajwīd Studies at the Academy of Quran and Sunnah Studies, UnIPSAS: An Analysis of Bachelor of Quranic Tahfīz with Islamic Management (Honours) Students’ Level of Comprehension of Makhraj and Sifat Huruf
DOI:
https://doi.org/10.53840/qiraat.v8i2.106Keywords:
kefahaman pelajar, makhraj huruf, sifat huruf, tajwid, Tahfiz al-Quran, UnIPSASAbstract
Kajian ini dijalankan bagi meneliti tahap kefahaman makhraj huruf dan sifat huruf dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahfiz al-Quran dengan Pengurusan Islam (Kepujian) di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS). Seramai 17 orang pelajar yang mewakili keseluruhan populasi kohort terlibat sebagai responden kajian dengan menggunakan pendekatan persampelan keseluruhan. Kajian menggunakan reka bentuk tinjauan kuantitatif dengan instrument soal selidik 30 item yang telah disahkan kesahihan oleh dua orang pakar bidang tajwid dan mempunyai kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.90. Data dianalisis menggunakan perisian Jamovi melalui analisis deskriptif frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan keseluruhan berada pada kategori baik dengan purata 64.7% jawapan betul. Analisis mendapati terdapat variasi pencapaian yang ketara antara item dengan 35.5% item dikuasai pada tahap sangat baik, 32.3% baik, 29.0% sederhana, dan 3.2% lemah. Kajian ini menegaskan perlunya pendekatan pengajaran yang lebih interaktif seperti latihan intensif sebutan dan bimbingan individu bagi memperkukuh kefahaman pelajar. Implikasi kajian ini dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran tajwid khususnya dalam bidang tahfiz al-Quran di institusi pengajian tinggi Islam di Malaysia.
References
Hamir Hamzah, J., & Mohamad Hilmi, M. S. (2019). Inovasi pengajaran untuk menarik minat pelajar menguasai ilmu tajwid. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 6(1), 8–17. Universiti Malaysia Pahang Press.
Hasani, G., & Rosmawati, R. (2023). Penguasaan bacaan al-Quran dan cabarannya dalam kalangan pelajar politeknik. Proceedings of the International Conference on Business Studies and Education (ICBE), 51–60. ICBE Publication. e-ISSN: 2785-9479.
Mohammad Haafiz Aminuddin, M.A., Nik Ahmad Mumtaz, N.D., Mohammad Ibrahim, M.K., Haizuran, M.J., & Muhamad Razif, A. (2024). Key factors influencing the success of Quran memorization among Tahfiz students (Faktor utama yang mempengaruhi kejayaan hafalan Quran dalam kalangan pelajar Tahfiz). Al-Hikmah: Journal of Islamic and Human Sciences, 16(2), 141–155.
Mohamad Redha, M., Muhammad Zaid, S. K., & Shaharuddin, S. (2018). Kepentingan sanad dalam menjaga keaslian al-Quran. Proceedings of The International Conference on Contemporary Issues in Al-Quran and Hadith (THIQAH 2018) (92–98). Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor. e-ISBN: 978-967-2122-37-1.
Muhammad Amirullah, J., & Mohd Isa, H. (2023). Kaedah talaqqi musyafahah dalam pembelajaran al-Quran di Malaysia. Proceedings of the International Conference on Business Studies and Education (ICBE), 61–70. ICBE Publication. e-ISSN: 2785-9479.
Muhammad Nur Fahmi, M.K., & Nik Mohd Rahimi, N.Y. (2022). Penggunaan Modul dalam Meningkatkan Penguasaan Makhraj Huruf Hijaiyah Murid Tahun 1. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001391. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1391
Nazratul Aini, R. (2021). Faktor Kesukaran Pelajar Melayu Dalam Mengenal Pasti Bunyi Huruf-Huruf Arab. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik, 3(1), 31–42.
Norwardatun, M.R., Siti Rosilawati, R., & Maisarah, S. (2021). Kemahiran Bacaan al-Quran Secara Bertajwid di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Harian: Satu Tinjauan Awal, Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021), 523-530. FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia.
Wan Muhammad Hafizuddin, W.A.H, Abdul Jalal, A.M, Abd Rahman, A.G. (2024). Analisis kesalahan sebutan Huruf-huruf Al-Quran dalam kalangan pelajar dewasa di Pusat-pusat Pengajian Al-Quran Zon Utara semenanjung Malaysia. AL-MAKRIFAH Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture, 2(1), 14–22. https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol2.1.2.2024
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nor Athilia Irfan Rosli, Nik Ahmad Mumtaz Nik Din, Ahmad Haiqal Fitri Ahmad Fuad, Mohammad Haafiz Aminuddin Mohd Azmi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
