PERBANDINGAN SIKAP PELAJAR TERHADAP HAFAZAN AL-QURAN: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PUTRAJAYA
DOI:
https://doi.org/10.53840/qiraat.v7i1.73Keywords:
Penularan Covid-19; Kaedah Pembelajaran Hafazan; Hafazan al-Quran; Sikap pelajarAbstract
ABSTRAK
Pada dasarnya, kaedah pembelajaran hafazan dilaksanakan secara bersemuka sahaja sejak dari zaman Rasulullah hingga kini. Namun apabila berlaku penularan Covid-19 yang telah melanda dunia, kaedah pembelajaran hafazan turut mengalami perubahan pelaksanaannya. Bagi mengelakkan hafazan al-Quran pelajar tahfiz terjejas dan berlaku keciciran akibat penularan Covid-19 tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil inisiatif untuk melaksanakan kaedah pembelajaran hafazan secara maya (atas talian). Tidak terkecuali Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya yang mempunyai pelajar yang terlibat dengan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Kaedah pembelajaran hafazan secara bersemuka mahupun secara maya sememangnya mempunyai perbezaan. Secara tidak langsung perbezaan kedua-dua kaedah pembelajaran ini mempengaruhi sikap pelajar terhadap hafazan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji perbandingan sikap pelajar terhadap hafazan secara bersemuka dan maya (atas talian) di SMKA Putrajaya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan pendekatan kajian tinjauan. Pengumpulan data dikumpul melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang pelajar. Pelajar yang dipilih adalah terdiri dari pelajar yang pernah mengikuti kaedah pembelajaran hafazan secara bersemuka dan secara maya (atas talian). Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan sikap pelajar semasa pembelajaran berlangsung. Kajian juga mendapati pelajar lebih selesa untuk menghafaz secara bersemuka berbanding secara atas talian. Secara keseluruhannya, walaupun pelajar lebih selesa untuk menghafaz secara bersemuka, kaedah pembelajaran secara atas talian perlu dilaksanakan bagi mengelakkan pembelajaran hafazan terjejas.
Keywords
Penularan Covid-19; Kaedah Pembelajaran Hafazan; Hafazan al-Quran; Sikap pelajar
References
Abdul Hafiz et al. (2005). Sistem Pembelajaran Dan Kaedah Hafazan Al-Qur’an Yang Efektif: Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu. Abdul Hafiz et al. (2005). Sistem Pembelajaran Dan Kaedah Hafazan Al-Qur’an Yang Efektif: Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu,
Ahmad Amirul Anwar et al. (2022). Kaedah Pembelajaran Tahfiz Pasca Covid-19, 1026. Ashraf Ismail et al. (2020). Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Tasmik Hafazan Al-Quran Secara Atas Talian Sewaktu Pandemik Covid-19.
Azhar et al. (2013). Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab di Kementerian Pendidikan Malaysia. Fathiyah et al. (2020). Proses Dan Kaedah Pembelajaran Tahfiz Dalam Kalangan Murid Di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Di Malaysia.
Hamdi Ishak et al. (2021). Pengajaran Tilawah Al-Quran Murid Sekolah Rendah Secara Maya Semasa Pandemik Covid-19, 53. Hayati Hussin et al. (2021). Medium Pdpr Hafazan Al-Quran Semasa Covid-19: Analisis Penggunaan Teknologi Di Kalangan Pelajar Di Universiti Awan Dan Swasta.
Kamal Azmi et. al. (2015). Metodologi Penyelidikan: Asas-asas Ilmu Penyelidikan Islam. Mohd Khairul et al. (2019). Amalan Pembelajaran Tahfiz Al-Quran Di SekolahSekolah Menengah Agama Negeri Perak (Sman).
Mohd Rafiqi et al. (2022). Cabaran Perlaksanaan Pengajian Hifz Al-Quran Secara Atas Talian Semasa Pandemik Covid-19, 726, 727.
Muhammad Fadly. (2011). Pengajian Al-Quran Dalam Kalangan Golongan Kelas Menengah: Tumpuan Kajian Di Masjid-Masjid Terpilih Di Kuantan, Pahang.,
Muhammad Toriq et al. (2019). Kaedah Hafazan Al-Quran Model Malaysia Teras Panduan Penghafaz Al-Quran. Kuala Kubu Bharu: Darul Quran Jakim.
Nik Md Saiful Azizi et al. (2020). Sejarah Dan Kaedah Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab, Kementerian Pendidikan Malaysia: Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur.
Muhammad Toriq et al. (2017). Amalan Teknik Hafazan Al-Quran Di Darul Quran
Nordin et al. (2019). Kaedah Hafazan Al-Quran Model Malaysia Teras Panduan Penghafaz Al-Quran. Kuala Kubu Bharu: Darul Quran JAKIM.
Periasamy, D. M. (17 Mac, 2020).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Sharifah Noorhidayah Syed Aziz, Lissailin Baharudin
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.