Hubungan Antara Tadabbur Dengan Kalimah Mutarādif Dalam Al-Quran
The Relationship Between Tadabbur And Synonymous Words (Kalimah Mutarādif) In The Quran
DOI:
https://doi.org/10.53840/qiraat.v8i1.93Keywords:
tadabbur al-Quran, mutarādif , pentadabbur, hubungan tadabbur dan mutaradif.Abstract
Keunikan dan keistimewaan bahasa Arab yang meniti arus pemodenan pada hari ini mendorong manusia untuk sentiasa mengetahui, mempelajari dan mendalami selok-belok keunikan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran. Di dalamnya terdapat kalimah-kalimah yang berbeza dari sudut lafaz namun mempunyai kesamaan makna dari sudut terjemahan al-Quran yang lebih dikenali sebagai kalimah mutarādif. Maka objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk menganalisis hubungan antara tadabbur al-Quran dengan mutarādif yang terdapat dalam al-Quran. Kajian ini merupakan kajian bersifat kualitatif yang berbentuk library research (penelitian kepustakaan) dan analisis dokumen dalam proses pengumpulan data kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa tadabbur merupakan satu jalan yang terbaik untuk memahami dan mendalami ayat-ayat suci al-Quran serta menggali segala rahsia-rahsia dan makna-makna yang tersirat seperti makna kalimah-kalimah mutarādif. Hal demikian kerana pemahaman yang mantap terhadap ayat-ayat al-Quran dapat membawa seseorang ke jalan kebenaran serta mendorong ke arah kehidupan seorang muslim yang dekat dengan Allah SWT. Diharapkan kajian ini akan memberi pencerahan terhadap kaitan antara tadabbur dengan kalimah mutarādif dalam al-Quran seterusnya memberi kesan kepada pentadabbur dalam menyelami makna-makna ayat dan isi keseluruhan kandungan al-Quran.
References
Abdul Razif Zaini. 2021. Memahami Makna Kata Dalam Al-Quran Berbantukan Senarai Kata Berfrekuensi Tinggi. Jurnal Qiraat: Jurnal Al-Quran Dan Isu-Isu Kontemporari. Vol. 4. Bil. 1. H. 47-66.
Abu Bakar Muhammad Ibn Husain Al-Jiri. 2002. Akhlak Hamālah al-Quran. Dār al-Kutb: Beirut. H. 36.
Al-Darimi Abu Muhammad Abdullah 2007.Sunan al-Darimi. Tahqiq Dr Mustafa Deib al-Bugha. Dar al-Mustafa Damsyiq
Ahmad Bazli Ahmad Hilmi, Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Selamat Amir. 2015. Terjemahan Makna Kalimah Al-Muzn Dan Yasbahun: Satu Penilaian Semula Berdasarkan Kaedah Tafsir Ilmi. Ulum Islamiyyah Journal.
Al-Akk. 1986. Usul Al-Tafsīr Wa Qawā′iduh. Dār Al-Nafā′is: Beirut. H. 271.
Alamuddin Syah. 2017. Lafaz-Lafaz Yang Bermakna Keburukan Dalam Perspektif Al-Quran: Analisis Terhadap Lafaz Al-Syarr, Al-Fahsyā' Dan Al-Sū'. Program Studi Ilmu Al-Quran Dan Tafsir Fakulti Usuluddin Universiti Islam Negeri Syariff Hidayatullah Jakarta.
Ali Akbar. 2020. Interpretasi Lafaz Al-Ism Dan Al-Zanb Dalam Al-Quran. Pascasarjana Universiti Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi.
Al-Jurjani. 2009. Kitab al-Ta’rīfat. Dār Al-Kutub Al-Ilmiyah: Beirut. H.60.
Al-Lahim Khalid bin Abdul Karim(1425H) Mafatih Tadabbur wa al-Najah fi al-Hayat. Maktabah Malik al-Fahd Riyadh
Al-Qattan. 2000. Mabāhits Fī ‘Ulūm Al-Quran. Maktabah Wahbah: Cairo. H. 194.
Dr Wahbah al-Zuhaili 2009.al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syari’ah wa al-manhaj.Dar al-Fikr Dimasyq.
Dr Yusuf Al-Qardhawi 1999. Kaifa Nataa’ Maa’ al-Quran al-‘Azim . Dar as-Syuruq 1999
Ibn Jinni. 1956. Al-Khasā’is. Dār al-Kitāb al-‘Arabī: Beirut.
Ibrahim Anis. 1965. Al-Lahajāt Al-‘Arabiyyah. Maktabah Al-Anjalu. H.54
Muhammad Al-Tunji & Raji Al-Asmar. 1993. Al-Mu’jam Al-Mufashshal Fi ‘Ulūm Al-Lughah (Al-Insaniyyah). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah: Beirut. H. 161.
Muhammad Nur al-Din al-Munajjid. 1997. Al-Tarāduf Fī Al-Quran Al-Karīm (Baina Al-Nazariyyah Wa Al-Taṭbīq). Dār al-Fikr, Beirut.
Nurul Anis Fariza Abu Osman & Khazri Osman. 2024. Cabaran Pendakwah Dalam Menguasai Bahasa Arab. Prosiding Seminar Dakwah & Wahdah al-Ummah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurul Zakirah Mat Sin, 2014 : Definisi Qawa’id Al-Tadabbur : Satu Analisis Perbandingan Dengan Qawa’id Al-Tafsir.
Raghib Al-Asfahani. 2020. Mufradāt Alfaz Al-Qu’ran.
Rahmah binti Ahmad H. Osman. 2002. Keistimewaan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Al-Quran Dan Kepentingan Menguasainya Bagi Para Mufassirin. Al-Hikmah Research & Publication Centre. Vol. 5. No. 2.
Rohana Zakaria, Noorhafizah Mohd Haridi, Shaharuddin Pangilun, Mardhiah Yahaya & Hayati Hussin. 2018. Tadabbur: Persepsi Dan Amalan Masyarakat Terhadap Al-Quran Di Malaysia. International Research Management & Innovation Conference (5th IRMIC). Palm Garden Hotel: Putrajaya.
Syamsuar Hamka. 2021. Implimentasi Metode Tadabbur Al-Quran Di Pesantren Ar-Rahman Bogor. Al-Iltizam: Jurnal Pendidikan Agama Islam. Vol. 6. No. 2.
Zamri bin Rajab. 2022. Tadabbur Al-Quran Dalam Teks Pengajian Kitab Tashīl Nayl Al-Amānī. Al-Muallim Jurnal Penyelidikan. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Rohana Zakaria, Sofea Thanaa'

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
