Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Hafazan Al-Quran Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor
Factors Influencing the Achievement of Quran Memorization Among Students of Johor Government Religious Secondary Schools
DOI:
https://doi.org/10.53840/qiraat.v8i1.91Keywords:
Program Tahfiz Ibnu Sina, Pendidikan Tahfiz, Hafazan, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) ¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬–Abstract
Pelaksanaan Program Tahfiz Ibnu Sina di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Johor dalam memperkembangkan pendidikan tahfiz di peringkat sekolah menengah. Setelah enam belas tahun pelaksanaannya, didapati tidak semua murid yang mengikuti program ini berjaya menghafaz 10 juzuk al-Quran dalam tempoh lima tahun pengajian seperti yang digariskan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian hafazan al-Quran dalam kalangan murid Program Tahfiz Ibnu Sina di SMAKJ. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk deskriptif ke atas 47 orang murid dengan kaedah soal selidik menggunakan skala Likert 5 mata, iaitu daripada "sangat tidak setuju" hingga "sangat setuju". Analisis skor min digunakan untuk menilai tahap pencapaian hafazan murid. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian hafazan al-Quran mencatatkan skor min 4.03, menunjukkan tahap tinggi. Dapatan kajian ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian hafazan al-Quran di SMAKJ, sekali gus boleh dijadikan panduan untuk menambah baik keberkesanan program tahfiz pada masa hadapan.
Downloads
References
A. Fadzilawani Astifar, A. Nurhafizah, M. Siti Balqis, H. Muniroh dan S. Maisurah (2024). Teknik Menghafaz Al Quran. Universiti Navigating the spectrum: the new wave of e-learning innovations, 7, 44-48. Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang.
A. L. Mohd Abbas & Y. Farihatun Nadia. (2010). Persepsi Pelajar Terhadap Program Membudayakan al-Quran dalam meningkatkan tahap keupayaan Pembacaan Al-Quran Mengikut Hukum Tajwid. Satu Kajian di SMK Dato Bentara Luar. Projek Sarjana Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Pendidikan.
H. Hayati, A. Abdul Rahim, S. Muhammad Hafiz, Y. Mardhiah, Z. Rohana Zakaria dan M. H. Noor Hafizah. (2023). Motivasi Ekstrinsik: Analisis Terhadap Cabaran Mengekalkan Hafazan Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Pengajian Qiraat USIM. Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari, 6(2), 73-83. Universiti Islam Selangor, Kajang.
H. Hayati, A. G. Abd. Rahman, A. Abdul Rahim, S. Muhammad Hafiz dan H. Noor Hafizah.(2022). Dimensi Pelajar Terhadap Penggunaan Medium Teknologi Dalam Kursus Hafazan Al-Quran Semasa Covid-19: Kajian Terhadap Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari, 5(1), 27-36.
I. Mohamed Akhiruddin, Y. Adnan Mohamed, M. F. Muhammad Wafiq, S. Shahirah, A. A. Azniwati dan Y. Ummu Hani. (2024). Menilai Hasil Hafazan Al-Qur'an dalam Kalangan Pelajar SABK Dalam Konteks Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.
K. Mohd Nazir et al. (2021). Teknik Pengurusan Masa Mengulang Hafazan Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Marsah Johor: Jurnal Al-Quran Dan Isu-Isu Kontemporari, 4(2), 41–50.
M. N. Nur Fatanah, Nooraihan Ali & P. Arina Amalia. (2024). Pengaruh Minat Terhadap Pencapaian Bahasa Arab dalam Kalangan Calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. International Journal of al-Quran and Knowledge (IJQK) Volume 4, Issue 1.
M. Nurul Huda & M. A. Noor Syahidah. (2023). Kepelbagaian Pengurusan, Potensi Dan Cabaran Institusi Tahfiz Di Malaysia. Universiti Sultan Zainal Abidin, Asian People Journal, 2023 vol, 6(1)36-52.
M. S. Mohd Farid, Z. Muhammad Zuhair dan S. Mohd Nizam (2020). Sekolah Agama & Pendidikan Islam Negeri Johor: Agenda Transformasi, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Penerbit USM.
M. Wati Mohamad & S. Mazuki. (2013). Pengamalan dan kesedaran pembacaan al-quran dalam kalangan pelajar baru Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu. Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (CiE-TVET 2013).
M. Yuni Arroh, Candra Dewi Rahayu, Ari Setyawati, Fifi Alviana & Ika Purnamasari. (2023). Hubungan Durasi Bermain Game Online Dengan Kualitas Tidur Pada Remaja Dalam Tinjauan Q.S Arrum: 23. Jurnal Ilmiah Kesehatan, Vol. 13, No. 2, Pp. 47-55, Nov. 2023.
Norhanan. A. R. & A. Abdul Hafiz. (2009). Kaedah Hafazan al-Quran Sistem Turki: Kajian Di Tahfiz al-Quran Darul Tuba. Projek Sarjana Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Pendidikan.
Temubual bersama Ustaz Zulkarnain Masran selaku Ketua Bidang Tahfiz SMAKJ pada 11 November 2024, pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi di Pejabat SMAKJ
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Mohd Nazir Kadir, Muhamad Rafee Kadir, Abdul Hafiz bin Abdullah

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
