Tahap Penguasaan Bacaan Al-Quran Berdasarkan Ḍabṭ Al-Quran : Satu Tinjauan Dalam Kalangan Guru Agama
The Level Of Quranic Reading Proficiency Based On Ḍabṭ Al-Quran: A Survey Among Religious Teachers
DOI:
https://doi.org/10.53840/qiraat.v8i1.89Keywords:
Quranic Reading Proficiency; Religious Teachers; Ḍabṭ Al-QuranAbstract
Pembacaan al-Quran dengan bertajwid adalah merupakan satu tuntutan dan hukumnya adalah fardhu ‘ayn, ini juga adalah sebagaimana yang telah dinyatakan melalui ṣūrah al-Muzammil ayat yang keempat yang bermaksud “ataupun lebihkan sedikit daripadanya dan bacalah al-Quran dengan tartil”. Justeru bagi mencapai tahap bacaan yang baik, peranan ḍabṭ al-Quran adalah sangat penting bagi setiap individu kerana tanpanya al-Quran akan menjadi amat sukar untuk dibaca khususnya dalam kalangan mereka yang bukan berbangsa Arab. Bagi mengenalpasti setiap ḍabṭ al-Quran dengan baik, peranan guru adalah perlu untuk menyampaikan ilmu ḍabṭ al-Quran ini. Namun sekiranya wujud kelemahan dalam kemahiran ini ianya akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Justeru satu tinjauan diadakan bagi mengenalpasti tahap penguasaan pembacaan al-Quran dalam kalangan guru agama berdasarkan ḍabṭ al-Quran. Penyelidikan yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan (kuantitatif) secara deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen penyelidikan. Sementara itu seramai 230 orang telah dijadikan sebagai responden dalam penyelidikan ini. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian IBM Statistics SPSS V.27 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Secara keseluruhan, hasil penyelidikan mendapati tahap penguasaan bacaan al-Quran guru-guru agama daerah Johor Bahru berdasarkan ḍabṭ al-Quran adalah tinggi dengan purata min adalah 1.87. Sebagai kesimpulannya, tahap kemahiran guru-guru terhadap ilmu ḍabṭ al-Quran ini berada dalam tahap yang baik. Walaupun begitu, guru-guru hendaklah sentiasa bersedia dengan pelbagai kemahiran ilmu khususnya berkaitan dengan ilmu al-Quran agar isu-isu yang mendatang mampu ditangani dengan baik
Downloads
References
Ali Muhammad Al-Dabba'. (1999). Samir Al-Talibin Fi Rasm Wa Dabt Al-Kitab Al-Mubin. Mesir: Abdul Hamid Ahmad Hanafi.
Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan. Edisi Kedua. Selangor. Mc Graw Hill Education
Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan. Edisi Kedua. Selangor. Mc Graw Hill Education
Fauziah Ibrahim, Khadijah Alavi, & Nazirah Hassan. (2019). Penulisan Tesis Kajian Kualitatif Dan Kuantitatif. Bangi: UKM Press.
Marican, S. (2006). Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik. Batu Caves: Edusystem Sdn. Bhd.
Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mok Soon Sang. (2010). Literatur dan Kaedah Penyelidikan, . Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Merriam. (1998). Qualitative Research And Case Study Applications In Education. San Francisco: Jossey - Bass.
Nur Fadilah Amin, Sabaruddin Garancang & Kamaluddin Abunawas. (2023). Konsep Umum Populasi Dan Sampel Dalam Penelitian. Jurnal Pilar, Jurnal Kajian Islam Kontemporer.
Noraini Idris. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor: Mc Graw Hill Education.
Othman Talib. (2018). SPSS Analisis Data Kuantitatif Untuk Penyelidik Muda. Bandar Baru Bangi: MPWS Rich Publication Sdn. Bhd..
Pallant, J. (2001). SPSS Survival Manual – A Step By Step Guide To Data Analysis Using SPSS For Windows. Buckingham. Open University Press.
Piaw, C. Y. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Shah Alam: Mcgraw-Hill Education.
Rafedah Mohd Said. (2014). Tahap Penguasaan Dhobt (Penandaan) Al-Quran Terhadap Guru Pelatih Diploma Pendidikan Islam (DPI) : kajian Di Johor Bahru. (Sarjana Pengajian Islam), Melaka, Open Universiti Malaysia.
Rensist Likert. (1932). A Technique For The Measurement Of Attitudes. New York. New York University.
Robert V. Krejcie et al. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational And Psychological Measurement.
Rozmi Ismail. (2022). Metodologi Penyelidikan. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Surul Shahbudin Hassan, & Muhammad Azhar Zailaini. (2015). Bentuk-Bentuk Kesalahan Bacaan Al-Quran Pelajar Di Sebuah IPTA. Journal of Islamic Education, 3(2).
Sekaran. (1992). Research Methods For Business : A Skill Building Approach. New York. Wiley & Son Inc.
Michael Quinn Patton. (1980). Qualitative Evaluation Methods. Beverly Hills: Sage Publications.
Wallace, D. L., Van Fleet, & CJ. (2012). Knowledge Into Action : Research And Evaluation In Library And Information Science. Santa Barbara: Libraries Unlimited.
Yusof, H., Yunus, J. N., & Musa, K. (2014). Kaedah Penyelidikan Pengurusan Pendidikan. Tanjong Malim, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Hazwan Hashim, abdrahmanabdghani

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
