Cabaran Pelajar Tahfiz dalam menamatkan hafazan 30 juzuk: Kajian Kes di Universiti Islam Selangor

The Challenge of Tahfiz Students in completing the memorization of 30 constituents: A Case Study at Selangor Islamic University

Authors

  • Sharifah Noorhidayah Syed Aziz Universiti Islam Selangor
  • Lissailin Baharudin Sekolah Menengah Agama Nilai
  • Mohamad Syahmi Suhaimi Universiti Islam Selangor

Keywords:

Cabaran Pelajar Tahfiz, Hafazan 30 juzuk, Universiti Islam Selangor

Abstract

Di Universiti Islam Selangor, syarat utama pelajar yang ingin memasuki program Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan al-Qiraat perlu menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran terlebih dahulu semasa peringkat sekolah atau peringkat Diploma. Melalui program ini, pelajar juga perlu mengulang semula hafazan al-Quran dari awal juzuk dan perlu menghadiri kelas tasmik tiga kali seminggu seperti yang telah dijadualkan.  Setiap pelajar perlu menghabiskan sukatan hafazan lima juzuk setiap semester. Namun, menjadi permasalahan apabila kebanyakan pelajar tidak dapat menghabiskan sukatan lima juzuk tersebut. Hasil pemerhatian, kebanyakan pelajar mempunyai pelbagai cabaran dalam menghabiskan sukatan hafazan tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh pelajar untuk menghabiskan sukatan hafazan setiap semester. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian kes. Seramai 12 orang mahasiswa dipilih sebagai peserta kajian yang terdiri dari pelajar yang lemah, sederhana dan cemerlang. Instrumen temubual dan pemerhatian digunakan dalam kajian ini bagi mengumpul data kajian. Data yang diperoleh dianalisis secara tematik. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar tidak dapat menamatkan sukatan hafazan disebabkan faktor cabaran diri sendiri, pengurusan masa, kurang motivasi, dan terpengaruh dengan rakan-rakan. Diharapkan kajian ini dapat membantu pelajar dalam menguasai hafazan dan menamatkan pengajian dengan lebih baik dan cemerlang.

References

Abd Rahman Abd.Ghani, Abdul Munir Ismail & Wahibah Twahir. 2020. Amalan Hafazan al-Quran di Darul Quran JAKIM. Jurnal Perspektif 1 (1)

Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah. (2005). Sistem Pembelajaran Dan Kaedah Hafazan Al-Quran yang Efektif: Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia.

Ashraf Ismail, Khazri Osman, Nurul Hudaa Hassan, (2021). Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran Tasmik Hafazan al-Quran Secara atas Talian Sewaktu Pandemik Covid-19. Bicara Dakwah kali ke 21: Dakwah dalam Talian Semasa PandemikLandis dan Koch (1977)

Chua Yan Piaw 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Malaysia: Mc Graw Hill Sdn Bhd.Creswell. 2007. Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods ApproachesThousand Oaks: Sage Publications.

Flick, U. (1998). An introduction to qualitative research. Sage Publications Ltd.

Jaafar, N., Raus, N.M., Toure, A.K., Ahmad, A.M., Rasdi, M.N.A & Mohammad N.A.F. (2016). Faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar berkeperluan khas (pnglihatan) dalam menghafaz al-Quran: Kajian di Darul Quran JAKIM. Muallim al-Quran wa al-Sunnah 11(2)

Khairul Anuar Mohamad (2009). Sistem Kawalan Kualiti Huffaz. Kuala Kubu Bharu.

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2005. Penilaian kemahiran mendengar dalam kurikulum Bahasa Arab Komunikasi di sekolah-sekolah agama kerajaan negeri. Tesis Doktor Falsafah, Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yin R.K (2004). Case Study Research: Design and Methods. Jil 5. London Stage

Zamri Mahamod. (2004). Strategi pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Downloads

Published

2024-12-26

How to Cite

Syed Aziz, S. N., Baharudin, L., & Suhaimi, M. S. . . (2024). Cabaran Pelajar Tahfiz dalam menamatkan hafazan 30 juzuk: Kajian Kes di Universiti Islam Selangor: The Challenge of Tahfiz Students in completing the memorization of 30 constituents: A Case Study at Selangor Islamic University. QIRAAT: Jurnal Al-Quran Dan Isu-Isu Kontemporari, 7(2), 27–40. Retrieved from http://qiraat.uis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/86